Wednesday, July 21, 2010

Saya mahu berubah...

Program Pembangunan Modal Insan 2010.Muslimat dibahagikan mengikut kumpulan dan dikendalikan oleh kakak-kakak fasi.Saya berada dalam kumpulan 15.Dengan berahlikan lapan orang pelajar tahun satu dan dua orang kakak fasi,kak Hafizah dan kak Faidah,kami bergerak ke luar masjid UMS.

"Jom kita jalan-jalan" kata kak Faidah.

Kami berjalan menikmati keindahan alam.Bunyi burung-burung pipit seakan-akan menyambut kedatangan matahari terbit.Subhanallah,sungguh menenangkan.

"Sahabat-sahabat,kita duduk di sini." kata Kak Faidah.Kami duduk di tepi jalan raya atas lorong pejalan kaki.

Setelah membuka majlis dengan ummul kitab al-Fatihah,kami memulakan topik perbincangan dalam kumpulan iaitu Akidah dalam Islam.

Kami diarahkan menumbangkan sebatang pokok kelapa yang berada di belakang kami beramai-ramai. Sedikt confuse dengan arahan kak Faidah tapi kami laksanakan juga arahan tu,nak tahu apa makna yang tersirat disebalik arahan tersebut.

"Kak,kami dah cuba,tak boleh tumbang, kami 'tumbangkan' rumput boleh?" suara majoriti.

"Baiklah,cabut rumput tu,bawa sini" balas kakak.

Kami cabut lah beberapa helai rumput dan persembahkan kepada kakak-kakak PMI.
Apa yang dapat disimpulkan daripada arahan tersebut ialah Pokok kelapa itu umpama akidah seorang muslim yang kukuh, manakala rumput-rumput halus itu umpama akidah muslim yang lemah.

"Akidah yang kuat, walau macam mana diuji oleh Allah s.w.t, insyaAllah akidah muslim itu akan tetap teguh. Akidah yang rapuh pula amat mudah goyah walaupun hanya dikenakan bebanan yang ringan sahaja. Ambillah iktibar daripada perumpamaan ini adik-adik. Sama-samalah kita mengukuhkan akidah dalam diri kita." ceramah kak Hafizah panjang.

Kami akhiri LDK kami dengan luahan hati. Ahli LDK masing-masing menyuarakan isi hati masing-masing.

"kak, nak tanya sikit ni, nak minta pandangan kakak lah. Sekarang saya hanya bertudung bawal. Niat di hati mahu memakai tudung labuh. Niat ni sudah lama saya suarakan dalam hati tapi sukar untuk dijadikan realiti. Saya takut saya tak dapat istiqamah,saya takut saya merosakkan kemurniaan tudung labuh itu sebab sikap saya kadang-kala hyperactive. Saya takut membawa fitnah kepada agama Islam." Saya bertanya kepada kak Hafizah.

"Adik,sebenarnya hidayah sudah sampai kepada adik supaya adik menutup aurat dengan lebih sempurna.Tapi adik sendiri menghalang diri adik untuk menjadi yang lebih baik. Tidak perlu fikirkan apa yang orang akan katakan. Selagi adik tidak melanggar syariat agama. Tunaikanlah niat adik tu." respon kak Hafizah.

Air mata yang ditahan sejak mengajukan soalan akhirnya gugur membasahi pipi. Alhamdulillah diri ini mendapat hidayah.

Selepas program PMI, saya muhasabah diri. Saya berfikir, bagaimana mahu berubah? apa yang patut saya perbaiki dahulu?

Minggu kuliah kembali lagi seperti biasa, saya mulakan satu perubahan melalui cara pemakaian saya. Saya pakai baju labuh muslimah dan tudung labuh yang sederhana besar. Saya berazam mahu berubah sedikit demi sedikit. Semoga diri ini istiqamah.Amin.

Alhamdulillah, setiap minggu ada majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar senior. Niat di hati mengikuti majlis ilmu,mahu menimba ilmu di dada dan topup iman yang sentiasa pasang surut ini.

"Ya, Allah,janganlah Engkau memesongkan hati hamba setelah Engkau memberi hamba petunjuk Ya Allah.Berikanlah hamba kekuatan untuk menempuhi segala ujianMU.Amin, Ya Rabball 'alamin."

Wassalam.

No comments:

Post a Comment