Sunday, February 26, 2012

Malas Itu Satu Dosa

Assalamualaikum, lama saya tidak ‘update’ blog ini. Maklumlah bila ada topik barulah tangan ini mahu bergerak menaip apa yang terbuku di hati.

Topik kali ini “Malas itu satu dosa”. Topik ini sebenarnya tercetus lima bulan yang lalu apabila sy menonton video Mukmin Profesional yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Juoi.

Antara ayat-ayat beliau yang menarik perhatian saya adalah;

“Ada satu dosa yang tidak akan Allah ampunkan ataupun tidak akan Allah terima taubatnya kecuali dengan bekerja keras. Dosa itu ialah dosa MALAS. Dalam Islam malas itu satu dosa.”

Lalu terdetik di hati, “oh, rupanya malas itu satu dosa? Tapi bagaimana boleh malas itu satu dosa?” Hati ini begitu tertanya-tanya. Bukan mahu menolak hukum sikap malas tersebut namun, hati ini mahukan penjelasan yang lebih terperinci, “Apa yang dimaksudkan malas itu satu dosa?”. Persoalan itu terbiar begitu sahaja tanpa ada jawapannya.

Saya meneruskan kehidupan di kampus seperti biasa namun, ada satu masalah yang melanda saya sepanjang semester (tiga) tersebut. Kemalasan melanda diri sukar dibendung. Apabila mengikuti program-program universiti ataupun masjid, semangat dan kerajinan diri membuak-buak. Namun apabila masuk kuliah, duduk atas meja belajar, semangat itu, kerajinan itu hilang serta-merta. Persoalan timbul di dalam hati “kenapa begini? Saya sedar saya malas tapi saya tidak dapat kawal kemalasan itu?”. Hampir setiap hari lewat masuk kuliah. Kadang-kadang tidak hadir kuliah dengan alasan-alasan yang tidak munasabah, ‘assignment’ kumpulan dilakukan ala kadar, tidak melakukan persediaan menghadapi ‘test’ dan ‘mid-term’.

Sehinggalah tiba ‘final exam’, agenda setiap semester yang paling digeruni dalam kehidupan kampus seorang mahasiswa(i). ‘Study week’ yang diperuntukkan seminggu tidak digunakan sebaik-baiknya. Tidur antara agenda harian yang diutamakan. Bermulanya ‘paper’ pertama sehingga ‘paper’ terakhir. Alhamdulillah saya masih boleh menjawab 1/3 hingga ½ daripada soalan peperiksaan, sesuai dengan waktu yang saya peruntukkan untuk belajar sepanjang satu semester tersebut. Cuti pertengahan semester saya dimulai dengan hati yang tidak tenang, hati ini dapat rasakan ‘pointer’ semester (tiga) ini akan jatuh teruk. Namun, digagahkan juga kaki ini terus melangkah menempuh kehidupan.

Sebelum balik ke kampung untuk bercuti, saya membeli buku Mukmin Profesional karangan Ustaz Pahrol Juoi. Buku yang baik dibaca untuk meningkatkan motivasi sebagai seorang mukmin. Buku ini menjawab persoalan “Bagaimana menjadi hamba Allah yang sentiasa ingin perbaiki diri dan bagaimana menjadi seorang mukmin yang profesional dalam kehidupannya?”.

Tiga minggu kemudian keputusan peperiksaan diumumkan, seperti yang dijangkakan ‘pointer’ jatuh teruk daripada tiga pointer lebih (semester 2) pada dua pointer lebih sahaja (semester 3). Allahurabbi, sakitnya jatuh! Dada ini seolah-olah sesak untuk bernafas. Saya tidak menangis disaat melihat keputusan tersebut tetapi hakikatnya hati ini meraung kesakitan akibat ‘terjatuh’. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk terus melangkah bagi meneruskan pengajian semester 4.

'Jatuh' itu sakit, memang sakit! Namun Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya untuk berputus asa dan kecewa. Lalu, saya berazam untuk BANGKIT! Sebagaimana bangkitnya rakyat Mesir dan Syria menentang kerajaan mereka yang zalim itu. Kebangkitan diri ini dimulai dengan muhasabah diri. “Apa yang menyebabkan saya jatuh teruk semester tiga yang lalu?” Akal dan hati ini disatukan untuk mencari jawapan. Alhamdulillah, Allah membuka minda dan mata hati ini untuk melihat kekhilafan diri. MALAS adalah jawapannya. Sepanjang semester tiga saya telah bersikap malas sebab itulah pointer saya jatuh teruk. Alhamdulillah, pada waktu yang sama juga persoalan yang timbul pada awal semester tiga yang lalu (lima bulan yang lalu) juga telah terjawab. “oh, rupanya malas itu satu dosa? Tapi bagaimana boleh malas itu satu dosa?”.

Malas itu satu dosa kerana sikap itu memudaratkan diri saya, malas itu menyebabkan saya telah meletakkan diri ini pada satu tahap yang rendah (pointer yang rendah), akhlak yang rendah.

Firman Allah s.w.t:

“Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(al-Baqarah: 195)

Saya telah melanggar perintah Allah ini dengan bersikap malas, menzalimi diri sendiri sehingga mendapat keputusan peperiksaan yang tidak baik dan melanggar perintah Allah adalah satu dosa.

Subhanallah, rupanya Allah mahu menjawab persoalan yang timbul di hati saya lima bulan yang lalu melalui kehidupan saya sepanjang semester tiga.

Kini (semester empat), saya berazam mahu bangkit! Bangkit kembali daripada jatuh! Saya mahu belajar erti BANGKIT! Allahuakbar!

P/s: Sahabat-sahabat, topik ini bukan berniat untuk saya mengaibkan diri sendiri, bukan juga berniat mahu menunjuk-nunjuk bahwa Allah telah membuka mata hati ini melihat kehidupan. Tetapi topik ini untuk membawa sahabat-sahabat mengambil ibrah dalam setiap kehidupan yang Allah aturkan dalam hayat kita. Kita merancang Allah jualah yang menentukan. Lihatlah kehidupan dengan mata hati. Sahabat-sahabat akan melihat apa sebenarnya yang Allah ingin ajarkan melalui kehidupan kita.

Wallahualam.

Sunday, January 30, 2011

Mimpi Qiam

Hari ini bapa marah lagi. Suasana dapur rumah yang sunyi dipecahkan dengan suara bapa. Bapa menyuruh abang tengokkan sesuatu untuknya, penutup botol, tetapi abang buat endah tak endah.

"Tidak ada" jawab abang ringkas tanpa bergerak seinci pun. Aku dapat melihat kemarahan diwajah bapa.

"Betul tidak ada?" tanya bapa sambil menuju ke tempat tersimpannya penutup botol itu. Ternyata ada.

"Ini apa? Tiada?!" suara bapa kuat sambil melempar penutup botol itu ke arah abang bertubi-tubi. Aku tidak dapat berdiam diri.

"Pa, bapa mula mahu marah-marah lagi!" kataku.
Bapa beralih ke arahku dengan memegang sebatang rotan.

"Kau pun mahu melawan bapa!" kata bapa sambil tangannya sedia mengangkat rotan itu untuk memukulku.

Aku menahan tangan bapa.

"Tidak, saya tidak akan biarkan bapa rotan saya dalam keadaan marah!" Spontan.
Aku tidak tahu daripada mana aku mendapat kekuatan untuk menghalang bapa daripada memukulku seperti dahulu.

Bapa terdiam, bapa berjalan menuju ke arah ruang tamu dan duduk di sebelah mama. Aku menuju ke arah bapa. Duduk berlutut di hadapan bapa. Memegang tangan bapa.

"Saya minta ampun pa, kalau saya salah, jangan pukul kami dalam keadaan marah, saya minta ampun", aku berkata.

Air mata deras mengalir membasahi pipiku. Aku tersedu-sedan.

Aku terjaga daripada tidur dalam keadaan tersedu-sedan. Rupanya aku bermimpi. Mimpi itu membuatku menangis setelah sedar daripada tidur.

Aku melihat jam handphone, jam 3.30 pagi.

"Lebih baik saya qiamullail terus. Alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur".
***************************

Tuesday, November 30, 2010

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Tuesday, September 14, 2010

I'm proud wearing hijab!

Assalamualaikum sahabat sekalian, topik hari ni tentang "HIJAB" atau bertudung dalam bahasa Melayunya..

"Napa pula makcik ni mau cakap pasal hijab?"

"common things la!!!"

WAIT!!!...jangan CLOSE dulu...

Saya nak cerita sikit keindahan bertudung ni...baca sikit pun jadilah.

Bila kita di tanya...

"kenapa kamu pakai tudung?"

jawablah...

"Sebab ini perintah Allah s.w.t"

Sebagaimana firman Allah "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi" (Al-Ahzab : 59)

Q: Tudung tidak menyusahkan ke?
A: Tidak sama sekali,malah tudung ini menyenangkan kami.

Q: Bukankah tudung ini menganiaya kaum wanita?
A: Itu tidak benar, tudung sebenarnya memelihara martabat kaum wanita, malah tudung melindungi wanita daripada dianiaya.

Q: Bukankah tudung ini membataskan pergerakan kaum wanita?
A: Tidak sama sekali,wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau kerja selagi tidak melanggar syariat agama.

BUKTINYA...


Kakak ni kerja polis,tidak ada masalah pun pakai tudung dengan uniformnya


3 org kakak ni pula,menang kawad kot,tu la happy sangat tu...hah,dorang ni pun pakai tudung berkawad,menang juga!


Manis ja senyuman kakak ni,pakai tudung dengan uniform askar...tak ada masalah!!!


Hah...kalau di Malaysia,ni uniform polis trafik...kekadang,pihak JPJ pun pakai jg...tidak tension pun kakak ni dengan uniform bertudungnya.


Kakak ni sedang main bolling...nampak bola tu....kalo tidak nampak,isk2...


Ni sahabat saya sedang main bola tampar @ valleyball...hee...


Siapa cakap wanita bertudung tidak boleh lari laju...Ruqaya Ghasara telah membuktikannya,beliau memenangi pingat emas dalam Sukan Asia Barat 2006.


Wah,sekumpulan kakak ni main sky la!!!...jelesnya...


Lawan pedang tau,nak lawan???

Huh...Ragbi wanita...game ni agak lasak tapi tudung tidak menghalang wanita daripada bermain game ni.

Itu la antara gambar-gambar wanita bertudung,banyak lagi sebenarnya....sahabat-sahabat boleh cari dan cari lagi....


Inilah perumpamaan bagi wanita bertudung dan tidak bertudung.
Wanita bertudung umpama gula-gula yang berbungkus plastik.
Wanita yang tidak bertudung pula umpama gula-gula yang terdedah dengan hinggapan sang lalat.

~Wassalam~

Sunday, September 12, 2010

ANTARA MATA DAN HATI

Bila melihat alam yang indah ini

Tidak terasa kebesaran Allah

Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba

Nikmat yang datang tiada rasa darinya


Sepatutnya rasa malu kepada-Nya

Kerana anugerah kepada kita

Membuat dosa rasa kekesalannya


Buta hati lebih berbahaya

Buta mata tidak nampak dunia

Buta hati tidak nampak kebenaran

Buta hati ditipu nafsu dan syaitan


Bahkan dilupakan saja

Semua orang rasa bangga dengan dosa

Bila menyebut Neraka

Tidak terasa akan gerunnya


Bila menyebut Syurga

Tidak terasa akan nikmatnya

Itu menunjukkan

Jiwa kita mati atau buta


(Sebuah lirik lagu yang membuat kita sedar daripada kealpaan ~Hijjaz~)

Pantun Menutup Aura


Kenapa aku menutup aurat,

bukannya senang guna baju ketat,

di sana sendat di sini lipat,

puas si nakal menatap lekat.


Kenapa aku menutup aurat,

aku takut tak dapat rahmat,

malahan Tuhan turunkan laknat,

kalau dah begitu apa nak buat?


Kenapa aku menutup aurat,

aku takut jadi tersesat,

malaikat jauh syaitan pun dekat,

hidup pasti tak ada nikmat.


Kenapa aku menutup aurat,

umur bukan boleh dijimat,

mana tau esok kiamat,

kena seksa badan tak larat.


Kenapa aku menutup aurat,

bukankah Tuhan nak naikkan darjat,

bagi kita seluruh umat,

agar selamat dunia akhirat.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya!!!


1 syawal 1431H,moment yang indah bagi saya dan family.Hari Raya Aidilfitri tahun ni agak istimewa sebab semua ahli keluarga dapat berkumpul.Payah betul dapat kumpul satu family macam ni.Kehadiran kakak ipar dan anak buah menambahkan seri aidilfitri.


Hah, ni gambar family; (Depan) Bapa,mama,(tengah) kakak ipar,kak Lin, Maiza,saya,kak Eja, ,Arif,nenek, (belakang) abang Lan dan anak buah tersayang Nur Umairah Amani.


Kami adik-beradik ni,1st time ambil gambar sama-sama time raya.Sebelum ni tidak pernah lagi.

Actually,tema raya tahun ni Pink and purple...Arip ja lari dari tema.

Semoga raya tahun ini mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara kami.