Wednesday, July 21, 2010

Program PMI 2010

16 Julai 2010 Program Pembangunan Modal dianjurkan.Saya pun joinlah dengan seikhlas hati.Pengisian program ni best2 belaka.Ada ceramah, LDK, forum dan saya berkenalan dengan sahabat baharu.

Penceramah program bukan calang-calang orang,Ustaz Hasrizal dan sahabat-sahabat seperjuangan beliau.

(kiri) En. Daniel, (baju merun) Ustaz hasrizal,dua orang lagi tu saya tak tau nama..hee...

Antara input yang saya dapat melalui program ini ialah saya harus merancang arah tuju kehidupan saya,En. Daniel berkongsi tentang 'jadual kehidupan' sahabatnya...jadual kehidupan itu merupakan perjalanan hidup seorang pemuda sejak berumur setahun sehingga berumur 60 tahun...kita merancang disamping Allah merancang untuk kita.

Pengerusi majlis menjemput En. Daniel untuk menyempaikan slot ceramah beliau.

Ceramah Ustaz Hasrizal membuatkan saya berfikir "Adakah saya betul-betul beriman?"... beriman kepada 6 rukun iman sahaja tidak cukup jika kita masih melanggar perintah Allah!

Dosa kecil??? Ustaz Hasrizal membuka mata saya tentang istilah "dosa kecil". Ustaz membuat perumpamaan, jika kita menjentik telinga seorang budak kecil, itu dikira satu perkara kecil kita lakukan.Bagaimana pula jika kita menjentik telinga seorang Sultan. Perkara kecil itu menjadi suatu isu yang besar. Aplikasi situasi ini jika kita melakukan 'dosa kecil' kepada Allah..fikir-fikirkanlah.

Cerita Ustaz Hasrizal juga membuatkan air mata saya menitis walaupun saya cuba untuk kelihatan tabah; Kisah benar seorang pemuda yang menghidap penyakit buah pinggang. Kedua-dua buah pinggang pemuda tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Alhamdulillah,pemuda itu menemui penderma buah pinggang.Si pemuda berkata kepada si ayah "perkara pertama saya mahu lakukan jika saya pulih daripada sakit ini ialah berlari".Pemuda itu aktif dalam sukan larian suatu ketika dahulu.Namun,pemuda itu hanya pulih beberapa ketika.Tidak lama kemudian,pemuda itu mengalami masalah pula dengan buah pinggang yang baharu itu, lebih perit lagi kaki pemuda itu terpaksa dipotong disebabkan situasi-situasi tertentu.Ustaz bersama keluarga pemuda tersebut ketika itu.Ustaz menangis mengenangkan nasib pemuda itu,namun, si ayah berkata "jangan fikirkan apa yang hilang,tapi fikirkan apa yang tinggal". "Positifnya si ayah" kata ustaz kepada peserta PMI. Saya kagum,teramat kagum dengan sikap si ayah, sedangkan diri ini kadang-kala mengeluh dengan perkara-perkara kecil...Astaghfirullahalazim.

Banyak lagi input yang masuk di sanubari sepanjang program PMI. Indahnya taman-taman syurga Allah...Subhanallah.

Para muslimat khusyuk mendengar forum "Tertunaikah Cinta".Antara pengisian program PMI.

Dua daripada tiga orang ahli panel forum "Tertunaikah Cinta".


Peserta muslimin PMI sempat menangkap gambar kenangan bersama ustaz Hasrizal.

Saya mahu berubah...

Program Pembangunan Modal Insan 2010.Muslimat dibahagikan mengikut kumpulan dan dikendalikan oleh kakak-kakak fasi.Saya berada dalam kumpulan 15.Dengan berahlikan lapan orang pelajar tahun satu dan dua orang kakak fasi,kak Hafizah dan kak Faidah,kami bergerak ke luar masjid UMS.

"Jom kita jalan-jalan" kata kak Faidah.

Kami berjalan menikmati keindahan alam.Bunyi burung-burung pipit seakan-akan menyambut kedatangan matahari terbit.Subhanallah,sungguh menenangkan.

"Sahabat-sahabat,kita duduk di sini." kata Kak Faidah.Kami duduk di tepi jalan raya atas lorong pejalan kaki.

Setelah membuka majlis dengan ummul kitab al-Fatihah,kami memulakan topik perbincangan dalam kumpulan iaitu Akidah dalam Islam.

Kami diarahkan menumbangkan sebatang pokok kelapa yang berada di belakang kami beramai-ramai. Sedikt confuse dengan arahan kak Faidah tapi kami laksanakan juga arahan tu,nak tahu apa makna yang tersirat disebalik arahan tersebut.

"Kak,kami dah cuba,tak boleh tumbang, kami 'tumbangkan' rumput boleh?" suara majoriti.

"Baiklah,cabut rumput tu,bawa sini" balas kakak.

Kami cabut lah beberapa helai rumput dan persembahkan kepada kakak-kakak PMI.
Apa yang dapat disimpulkan daripada arahan tersebut ialah Pokok kelapa itu umpama akidah seorang muslim yang kukuh, manakala rumput-rumput halus itu umpama akidah muslim yang lemah.

"Akidah yang kuat, walau macam mana diuji oleh Allah s.w.t, insyaAllah akidah muslim itu akan tetap teguh. Akidah yang rapuh pula amat mudah goyah walaupun hanya dikenakan bebanan yang ringan sahaja. Ambillah iktibar daripada perumpamaan ini adik-adik. Sama-samalah kita mengukuhkan akidah dalam diri kita." ceramah kak Hafizah panjang.

Kami akhiri LDK kami dengan luahan hati. Ahli LDK masing-masing menyuarakan isi hati masing-masing.

"kak, nak tanya sikit ni, nak minta pandangan kakak lah. Sekarang saya hanya bertudung bawal. Niat di hati mahu memakai tudung labuh. Niat ni sudah lama saya suarakan dalam hati tapi sukar untuk dijadikan realiti. Saya takut saya tak dapat istiqamah,saya takut saya merosakkan kemurniaan tudung labuh itu sebab sikap saya kadang-kala hyperactive. Saya takut membawa fitnah kepada agama Islam." Saya bertanya kepada kak Hafizah.

"Adik,sebenarnya hidayah sudah sampai kepada adik supaya adik menutup aurat dengan lebih sempurna.Tapi adik sendiri menghalang diri adik untuk menjadi yang lebih baik. Tidak perlu fikirkan apa yang orang akan katakan. Selagi adik tidak melanggar syariat agama. Tunaikanlah niat adik tu." respon kak Hafizah.

Air mata yang ditahan sejak mengajukan soalan akhirnya gugur membasahi pipi. Alhamdulillah diri ini mendapat hidayah.

Selepas program PMI, saya muhasabah diri. Saya berfikir, bagaimana mahu berubah? apa yang patut saya perbaiki dahulu?

Minggu kuliah kembali lagi seperti biasa, saya mulakan satu perubahan melalui cara pemakaian saya. Saya pakai baju labuh muslimah dan tudung labuh yang sederhana besar. Saya berazam mahu berubah sedikit demi sedikit. Semoga diri ini istiqamah.Amin.

Alhamdulillah, setiap minggu ada majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar senior. Niat di hati mengikuti majlis ilmu,mahu menimba ilmu di dada dan topup iman yang sentiasa pasang surut ini.

"Ya, Allah,janganlah Engkau memesongkan hati hamba setelah Engkau memberi hamba petunjuk Ya Allah.Berikanlah hamba kekuatan untuk menempuhi segala ujianMU.Amin, Ya Rabball 'alamin."

Wassalam.

Dunia Baharu


3 Jun 2010, saya menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah(UMS). Sebelum ini saya cuma datang di UMS ini sebagai pengunjung. Tapi pada tarikh ini saya datang sebagai pelajar UMS dalam kursus Kejuruteraan Awam. Makhluk-makhluk di luar sana mungkin akan kata,"alah,UMS jer?", "Civil engineering,biasa ja", tapi tidak mengapa. InsyaAllah saya jadikan rezeki ini sesuatu yang luar biasa bagi diri saya.


Kami menjalankan orientasi selama seminggu, Minggu Suai Mesra (MSM). Banyaklah ceramah,taklimat dan sebagainya. 1/3 saya fokus, 1/3 saya buat keja sendiri, 1/3 lagi saya tidur.


Seminggu kemudian, kuliah start.Pelbagai ragam manusia di kampus UMS ni. Ada pelajar bertudung labuh, ada pelajar stylo, ada pelajar sempoi, ada pelajar nerd, ada pelajar tomboi, 'mak nyah' pun ada jg...huh...pendek kata macam-macam ada. Tapi uniknya UMS ialah pelajarnya daripada pelbagai bangsa di Malaysia, International student pun ada dari Turkey, China,Brunei dan Eropah.


Hah,yang ni Dewan Cancelor (DC). Mula-mula tengok dulu ternga-nga juga mulut. Tapi bila hari-hari tengok,dewan ni semakin kecil pula,mungkin perasaan saya saja kot.

Jom pergi labry UMS....


Labry UMS salah satu pusat tumpuan pelajar untuk buat assygnment, discussion dan access internet, selain baca buku.


Buku labry tersusun rapi dan sistematik. Kalau mau cari buku,boleh cari melalui online,catat nombor rak dan nombor rujukan buku, lepas tu mudah la cari buku tersebut..tapi kalo unlucky,buku tu sudah dipinjam orang.


Dalam labry UMS ada Megalab, di sini la pelajar boleh surf internet. 90% pelajar online sebab mau cek Facebook. 10% pelajar lagi buat hal-hal lain.


Saya berkunjung pula ke Kompleks UMS. Fasiliti lengkap, padang bola sepak, gelanggang bola jaring, futsal,tenis dan bola keranjang memenuhi ruang di sekitar kompleks UMS.


Salah satu cafe dalam UMS ni ialah Cafe Bayu. Cafe ni menghadap laut. Lunch di sini memang best, dengan udara nyaman dan pemandangan laut yang cantik,Subahanallah. Tapi kalo sudah lapar tu, mana-mana cafe pun best, yang penting makan.


Last but not least, ni lah bengkel untuk budak kejuruteraan. Macam tidak sabar pula mau mula bengkel. Walaupun perempuan ni tidak sinonim dengan kerja bengkel, saya tetap bersemangat!!!

Ok la.Setakat ni, itulah serba sedikit tentang UMS ni. Kalau mau cerita satu UMS ni,entah bila selesai tulis blog. Relax,take our time to know UMS. See you in the next topic! wassalam.

Monday, July 19, 2010

Mari berta'aruf

Assalamualaikum,nama diberi Norfadilah Nordin.sy dilahirkan pada tanggal 18 ogos 1991 di Hospital Tambunan,Daerah Tambunan,Sabah.Pernah bersekolah di S.K Kinabaan Tambunan(1998-2001),S.K Pekan Tambunan(2001-2003),S.M.K Tambunan(2004-2008) dan Kolej Matrikulasi Labuan(2008/2009); kini(2010) menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Saya anak keempat daripada enam orang adik-beradik.Ibu tercinta Ainie Suhailih saya panggil ma' ,dan ayah tercinta Nordin Zaini saya panggil pa'. Saya berbangsa dusun tulen.

Saya mempunyai hobi; hobi saya melayari internet,maklumlah zaman IT.Dalam bidang sukan,saya suka bermain bola jaring.Hobi yang satu lagi,saya suka 'travelling',cuma sampai saat ini saya hanya pernah menjelajah dalam Malaysia.InsyaAllah,kalau murah rezeki nanti mahu travel kat over sea...kat mana???...Jepun,may be.

Blog ni saya wujudkan sebab saya nak share perkara-perkara yang saya lalui dalam kehidupan seharian saya.Sebelum ini saya rasa tidak terluah apa yang saya lalui dan ketahui,alhamdulillah,seorang sahabat telah mengesyorkan supaya buka sebuah blog.Dalam blog ini nanti bolehlah saya ceritakan pengalaman atau peristiwa yang pernah saya lalui dengan sahabat sekalian.

Saya amat mengalu-alukan sahabat-sahabat melawati blog ini.Sebarang komen silalah kemukakan.Wassalam.